my palylist


Music

kaaba

kaaba

Salam perkenalan.

Semoga ALLAH merahmati anda semua.amin..

Popular Posts

Powered By Blogger

Saturday, June 4, 2011

Sejauh manakah kita mengenali takdir!!

Alhamdulillah...lama dah x berblog..tetiba plak ada mood nak update blog arini huhu

Takdir!! Rasa2nya semua sudah sedia maklum bahawa sebelum kita dilahirkan dan sehinggalah kita mati.Semuanya itu sudah ditakdirkan ALLAH di luh mahfuz lagi.Tapi sejauh manakah kita mengenali dan mengetahui bahawa perkara itu adalah takdir ALLAH atau kesilapan kita yg memilih sesuatu perkara.

Kita seringkali lupa untuk bersyukur pada ALLAH bila sesuatu perkara baik terjadi pada kita.Tetapi bila perkara buruk pula yang terjadi, kita meletakkan kesalahan tersebut pada takdir.Seolah-olah ALLAH hanya mentakdirkan sesuatu utk kita tu sia-sia belaka.Memang ALLAH telah mentakdirkan sesuatu perkara pada kita awal-awal lagi.Tetapi kita tidak tau kan, apa yang telah ALLAH takdirkan utk kita??Disebabkan itu kita diberi AKAL utk memilih mana yang baik dan mana yang buruk.sebagai contoh, seorang penagih dadah, bila ditanya padanya kenapa dia menagih dadah??dia akan menjawab "nak buat macam mana.dah ALLAH takdirkan aku mcm ni.sbb tu la aku menagih dadah ni..".Boleh ke kita jawab mcm tu??Kenapa disalahkan ALLAH di atas kesilapan kita sendiri.sepatutnya yang salah tu adalah kita.Kita yg memilih jalan buruk, jadi perkara buruk lah yang akan kita dapat.

Saudara ku..Masakan ALLAH mentakdirkan sesuatu itu utk satu perkara yang sia-sia.Ingat!! jangan sekali-kali kita bersangka buruk pada ALLAH sebaliknya bersangka baiklah padaNYA.kerana bukan saja kita mendapat musibah di atas kesilapan yang dah kita buat malahan pula tanpa kita sedari, kita sendiri telah menambah dosa kita pada ALLAH di atas kata-kata kita itu tadi. Jadi di sini saya ingin memberi pandangan saya mengenai takdir.Setiap perkara baik yang berlaku itu, itulah takdir ALLAH.dan setiap perkara buruk pula yang berlaku itu adalah datangnya dari kesilapan kita sendiri. Kenapa berlakunya kemalangan??kerana sebelum kita memulakan pemanduan, kita sendiri tidak memeriksa kenderaan kita berada dalam keadaan selamat atau tidak.mungkin juga berlaku di atas cara pemanduan kita yang salah atau juga disebabkan pemanduan dari orang lain.salahkanlah semua itu di sebabkan kesilapan manusia.tapi jangan kita meletakkan salah itu pada ALLAH..kerana dikhuatiri bersangka buruk pada ALLAH itu akan merosakkan akidah dan kepercayaan kita padaNYA.

Sepatutnya bila musibah yang berlaku, kita redhakan sahaja dan bersabarlah..kerana musibah itu sebenarnya adalah hadiah yang ALLAH nak berikan pada kita.DIA nak melihat sejauh mana kita reti utk bersabar.dan sekiranya kita berjaya mengharungi ujian ALLAH itu dengan kesabaran.ALLAH akan melipatgandakan pahalaNYA utk kita.jadi jgn la menjadi org yg suka mengeluh dan menyalahkan ALLAH..Ingat!! jgn kita bicara soal kita layak atau tidak masuk ke syurga ALLAH itu selagi mana kita belum lagi di uji olehNYA. ALLAH menguji hamba-hambaNYA melalui 2 cara.pertama dengan kenikmatan iaitu DIA ingin melihat sejauh mana kita reti bersyukur pada DIA bila segala nikmat sudah diberikan pada kita.Dan yang kedua di datangkannya dengan bala/musibah iaitu DIA nak melihat sejauh mana pula kita reti utk bersabar padaNYA.Secara kesimpulannya..saya ingin tegaskan disini, bila perkara baik yang terjadi pada kita itu adalah disebabkan ALLAH yang mentakdirkannya...Manakala perkara yang buruk itu pula atau musibah yang berlaku itu semuanya di atas kesilapan dan kecuaian kita sendiri..Salam perkenalan =)

No comments:

Post a Comment