walaupun perkara ni dah berlalu, tapi ia tetap segar dalam ingatanku.
Sepanjang hidupku, hanya seorang saja yang pernah bertakhta dalam jiwaku.
senyumannya, gelak tawanya, gaya manjanya, merajuknya, marahnya...semua itu menjadi penghibur di kala sunyi.
Aku x pernah terfikir aku akan bercinta..
aku tahu, diriku tidaklah sekacak mana dan atas sebab itu aku merasakan tiada sesiapa yg sudi untuk mencurahkan kasih sayangnya pada ku.
tapi aku bersyukur, masih ada seseorang yang sudi menjadi teman hidupku.
aku menjaganya lebih daripada aku menjaga diriku sendiri..
Walaupun pada asalnya susah untukku mendapatkannya kerana dia sudah berpunya..
Tetapi takdir itu mengatasi segala2nya.
Aku adalah PERAMPAS!!
Ye, memang betol aku seorang perampas!!
Salah ke aku??
Walaupun aku perampas, aku seboleh2nya cuba untuk menjaga dirinya,menjaga hatinya sebaik mungkin.
Dia tidak tahu, ketika dia bergaduh dengan bfnya disebabkan aku, siapa yang selalu berada disisinya??
Siapa yang selalu memberi nasihat, menaikkan semangat dia, menjaga hatinya walaupun ketika itu aku lah yang menjadi tempat untukknya meluahkan perasaan marahnya..
Aku masih ingat lagi bagaimana dia memarahi ku, mengejiku, mengatakan yg ia menyesal mengenaliku..Tapi aku ttp sabar dan pendam saja perasaanku semata-mata aku x mahu melihat dia susah hati dan bersedih..walaupun pada hakikatnya hatiku hancur...
Hancur sehancur hancurnya...walaupun dah bermacam-macam aku buat untuknya..tapi itu semua tiada erti pada dia sebaliknya apa yang terjadi antara dia dan bfnya, aku lah yang menjadi tempat dia melepaskan kemarahan kerana dia mengatakan yang akulah puncanya..
Hmm...Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang...kalau tidak kerana dia juga membalas cintaku, masakan aku boleh merosakkan hubungan mereka berdua..Oleh kerana aku x mahu lihat dia bersedih hati, aku pun 'sms' bfnya dan meminta supaya dia terima balik kekasihnya itu..aku merayu padanya dan aku beritahunya yang aku x kan ganggu lagi hidup mereka berdua...walaupun pedih untukku telan tapi demi ssorang yang aku sayangi...aku sanggup buat apa saja utk dia asalkan dia tidak menderita lagi..
Awal tahun 2007..
inilah takdir..ssorang yang aku sangkakan tidak akan menjadi milikku, akhirnya perkara sebaliknya berlaku..
Dia telah dapat terima aku sebagai bf barunya..waktu itu aku rasa sungguh bertuah..dunia ini aku rasakan begitu bermakna untuk diriku.
Sepanjang tempoh percintaan aku dan dia, segala macam suka duka yang dah aku rasai..
aku suka melihat raut wajahnya ketika ketawa, gaya nya yang lemah lembut, terngiang-ngiang panggilan 'abg' nya pada diriku..gembira sungguh aku waktu tu.
aku menjaganya seperti menatang minyak yang penuh...aku sayangkan dia dan aku curahkan segala kasihku lebih daripada aku kasihkan diriku sendiri.
Sehingga ada 1 hari tu, ketika aku dalam perjalan pulang kerumahku dari tempat pengajianku di Tanjung Malim..Ketika itu waktu dah menunjukkan pukul 5.00 petang dan aku sudah pun sampai di Rawang.Dari Rawang ke rumahku tidak lah jauh lagi cuma lebih kurang dalam 15 minit saja..
Tiba-tiba dia menelefonku dan mengatakan yang dia ingin pulang ke rumahnya di Keramat kerana ketika itu hanya dia seorang yang tinggal di rumah sewanya..Bas terakhir di Stesen Bas Tanjung Malim adalah pada pukul 7.00 petang dan dia tidak akan sempat untuk naik bas itu.
Disebabkan aku risau akan keselamatannya, aku berpatah balik dari Rawang ke Tanjung Malim semata-mata untuk mengambilnya dan menghantarnya pulang ke Keramat..
Setelah aku menghantarnya pulang, aku pun pulang ke rumahku dan ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10 malam..
Setibanya di rumah, aku dimarahi oleh kedua orang tua ku kerana lambat sampai ke rumah sedangkan mereka tahu yang aku sepatutnya sudah lama sampai...Tapi aku tidak memberitahu kedua orang tuaku yang aku menghantarnya pulang ke rumahnya kerana aku takut terutamanya ibuku yang dia akan memarahi gadis yang aku cintai itu..
Kini...Disember 2009..
aku terbaca dalam blognya yang dia rasa menyesal berpisah dengan bf lamanya..
walaupun sudah 3 tahun berlalu..hanya xbfnya sahaja yang terlintas dalam hatinya..
apa yang dah aku buat selama ini untuk dia...xda 1 pun yang berjaya menambat hatinya...
dia jauh berubah daripada dia yang dulu..
Kini...walaupun dia masih hidup dan walaupun hakikatnya dia adalah orang yang sama..
Tapi pada diriku..dia sudah tiada lagi..
Gadis yang comel, manja, penyayang yang pernah mencintai diriku dulu sudah tiada lagi..
Tetapi dia tetap hidup dalam hati dan perasaanku..cumanya aku tdk akan dapat berjumpanya lagi dan selamat tinggal aku ucapkan padanya..
"Terima kasih kerana pernah membuatkan saya rasa bagaimana rasanya cinta itu
dan terima kasih juga kerana awak pernah menyayangi saya walaupun saya x pasti sama ada itu benar cinta atau pun simpati awak pada saya..Walaupun awak masih hidup, tapi awak bukan lagi gadis yang saya kenal dulu..Gadis itu sudah lama tinggalkan saya cuma saya je x perasaan kerana walaupun raut wajah awak sama, tapi perangai awak berlainan..
Awak hanya hidup dalam hati dan perasaan saya tapi tidak pada realitinya..."Terima kasih segala-segalanya..

No comments:
Post a Comment