Alhamdulillah...lama dah x berblog..tetiba plak ada mood nak update blog arini huhu
Takdir!! Rasa2nya semua sudah sedia maklum bahawa sebelum kita dilahirkan dan sehinggalah kita mati.Semuanya itu sudah ditakdirkan ALLAH di luh mahfuz lagi.Tapi sejauh manakah kita mengenali dan mengetahui bahawa perkara itu adalah takdir ALLAH atau kesilapan kita yg memilih sesuatu perkara.
Kita seringkali lupa untuk bersyukur pada ALLAH bila sesuatu perkara baik terjadi pada kita.Tetapi bila perkara buruk pula yang terjadi, kita meletakkan kesalahan tersebut pada takdir.Seolah-olah ALLAH hanya mentakdirkan sesuatu utk kita tu sia-sia belaka.Memang ALLAH telah mentakdirkan sesuatu perkara pada kita awal-awal lagi.Tetapi kita tidak tau kan, apa yang telah ALLAH takdirkan utk kita??Disebabkan itu kita diberi AKAL utk memilih mana yang baik dan mana yang buruk.sebagai contoh, seorang penagih dadah, bila ditanya padanya kenapa dia menagih dadah??dia akan menjawab "nak buat macam mana.dah ALLAH takdirkan aku mcm ni.sbb tu la aku menagih dadah ni..".Boleh ke kita jawab mcm tu??Kenapa disalahkan ALLAH di atas kesilapan kita sendiri.sepatutnya yang salah tu adalah kita.Kita yg memilih jalan buruk, jadi perkara buruk lah yang akan kita dapat.
Saudara ku..Masakan ALLAH mentakdirkan sesuatu itu utk satu perkara yang sia-sia.Ingat!! jangan sekali-kali kita bersangka buruk pada ALLAH sebaliknya bersangka baiklah padaNYA.kerana bukan saja kita mendapat musibah di atas kesilapan yang dah kita buat malahan pula tanpa kita sedari, kita sendiri telah menambah dosa kita pada ALLAH di atas kata-kata kita itu tadi. Jadi di sini saya ingin memberi pandangan saya mengenai takdir.Setiap perkara baik yang berlaku itu, itulah takdir ALLAH.dan setiap perkara buruk pula yang berlaku itu adalah datangnya dari kesilapan kita sendiri. Kenapa berlakunya kemalangan??kerana sebelum kita memulakan pemanduan, kita sendiri tidak memeriksa kenderaan kita berada dalam keadaan selamat atau tidak.mungkin juga berlaku di atas cara pemanduan kita yang salah atau juga disebabkan pemanduan dari orang lain.salahkanlah semua itu di sebabkan kesilapan manusia.tapi jangan kita meletakkan salah itu pada ALLAH..kerana dikhuatiri bersangka buruk pada ALLAH itu akan merosakkan akidah dan kepercayaan kita padaNYA.
Sepatutnya bila musibah yang berlaku, kita redhakan sahaja dan bersabarlah..kerana musibah itu sebenarnya adalah hadiah yang ALLAH nak berikan pada kita.DIA nak melihat sejauh mana kita reti utk bersabar.dan sekiranya kita berjaya mengharungi ujian ALLAH itu dengan kesabaran.ALLAH akan melipatgandakan pahalaNYA utk kita.jadi jgn la menjadi org yg suka mengeluh dan menyalahkan ALLAH..Ingat!! jgn kita bicara soal kita layak atau tidak masuk ke syurga ALLAH itu selagi mana kita belum lagi di uji olehNYA. ALLAH menguji hamba-hambaNYA melalui 2 cara.pertama dengan kenikmatan iaitu DIA ingin melihat sejauh mana kita reti bersyukur pada DIA bila segala nikmat sudah diberikan pada kita.Dan yang kedua di datangkannya dengan bala/musibah iaitu DIA nak melihat sejauh mana pula kita reti utk bersabar padaNYA.Secara kesimpulannya..saya ingin tegaskan disini, bila perkara baik yang terjadi pada kita itu adalah disebabkan ALLAH yang mentakdirkannya...Manakala perkara yang buruk itu pula atau musibah yang berlaku itu semuanya di atas kesilapan dan kecuaian kita sendiri..Salam perkenalan =)
Saturday, June 4, 2011
Friday, February 5, 2010
hmmm..Ketiadaan mu membuatkan ku sunyi..
Akhirnya aku kembali bersendiri..Salah ke kalau aku memilih utk duduk berseorangan sambil menghitung masa depanku..memikirkan masalah ku...dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang aku hadapi..
Ye..mmg aku suka hidup sendiri2 tanpa menganggu orang lain..tapi itu bukan bermakna aku tidak bercampur dgn masyarakat..aku mmg ske berkawan.aku mempunyai ramai kawan..tetapi aku x suka mmpunyai kawan yang terlalu rapat or another word is a best friend.I dont like it..Aku suka utk hidup dalam dunia ku sendiri..ttpi knp sstgh org memandangku seperti aku mmpunyai masalah?? Pelik aku..Walaupun aku mempunyai mslh sklipun..aku mmpu utk mengatasinya..dan belum pernah lagi aku meminta bantuan sesiapa utk selesaikan masalah aku..bahkan aku menyelesaikan masalah org lagi ada..
Dulu aku mempunyai ssorg yang mampu membuatku tersenyum..yang mampu mengisi kekosongan dalam hidupku..yang mampu menceriakan hari-hariku..aku suka menghabiskan masa ku hanya bersama dgn dia...ttpi..dia pun sudah tiada lagi..sehingga skang aku masih mengingatinya..i'm not sure whether she is love me or just assume me as her frenz...But honestly...i love her...Ketiadaan dia skang ni benar2 membuatku sunyi..aku x ske menjadikan mslh cinta aku ni sbgi penghalang utk aku berjaya..aku suka membuatkan org gembira..ceria..aku sibukkan diri aku dgn apa saja..ttpi aku x pasti sama ada aku betol2 hepi @ x..sbnrnya aku sunyii...
Friday, December 18, 2009
Perjalanan ke tanah suci
Alhamdulillah..akhirnya sampai jugak aku menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah..
Korang nak tau x, sebelum aku nak pegi tu..hati aku ni mcm resah je.macam ada serba tak kena dalam diri aku ni.
Yela..mau x risau..aku ni bukannya baik sangat pon.aku sedar aku banyak buat salah dan aku pun belum lagi membersihkan jiwa rohaniku.
Takut la jugak kalo2 ALLAH membalas setiap dosa aku di sana. tapi Alhamdulillah..selamat jugak aku pegi sana.
yang ni plak gambar kat airport Dubai. waktu ni jam dah menunjukkan pukul 1.00 pagi.(waktu Malaysia). Kat airport ni sejuk gile beb...dah pakai selimut pun macam dalam peti ais je rasa.huhu...sejuknyeee..kitorang ikut transit. dari KLIA ke Dubai pastu terus ke Jeddah..Flight ke Jeddah pukul 12.20 tengahari (waktu malaysia) so ktorg kena stay kat airport ni sampai pukul 12 tengahari la..korang bayangkan dengan sejuknya, laparnya..makanan kat airport ni mahal gle. air mineral kecik tu pun RM5 harga dia..dahaga punya pasal, aku beli la jugak haha.
ha..ni gambar dlm flight yang kitorang naik. Etihad nama flight ni.Pramugari dia lawa2 tau.
kalo x mengenangkan aku ni nak g umrah, dah lama aku try tackle pramugari tu hehe.
Ini gambar ketika di atas flight..seram ooo tgk dari atas ni. aku ni dah la gayat. duduk plak dkat sayap kapal terbang ni..tgk sayap tu bergoyang2..aku cuak gle..dengan telinga plak sakit sbb
dia terbang tgi sangat..Aku berdoa semoga selamatla aku sampai..waktu ni cerita snake on the plane terbayang2 je dalam pikiran aku huhu.. (apa la aku ni)
Ha.. skang ni dah sampai pun kat Jeddah..letih betol la..skang ni jam dah menunjukkan pukul 4.25 petang (waktu malaysia). Alhamdulillah..sampai jugak aku dengan selamatnya kat sini..
cabaran yang seterusnya bakal menanti...
Tunggu sambungannya nanti..aku akan citekan plak pengalaman di Madinah..
K la Assalammualaikum.
Bacalah Untuk Keselamatan Dunia Dan Akhirat..
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
“Ya Aisyah jangan engkau tidursebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh….
“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlastigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.Bismillaahirrohmaanirrohiim,Qulhualloohu ahad’ Alloohushshomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakullahuu kufuwan ahad’ ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii ‘alaa syaidinaaMuhammad wa’alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh”Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaahaillalloohu alloohu akbar(3 x )
Sahabat sekalian.Rasulullah begitu sayangkan kita sebagai umatnya sehinggakan ketika baginda di ambang kewafatan, baginda menyebut ummati sebanyak 3x. Tetapi sejauh mana pula kasih kita kepada Rasulullah?? Lihatlah bagaimana Rasulullah telah mengajarkan kita berbagai ilmu yang boleh kita manfaatkan untuk menghadapi mati..Marilah kita bersama2 berselawat ke atas baginda tanda berterima kasih kita atas ajaran yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan jangan pula kita melupakan syukur kita pada ALLAH di atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga banyaknya kepada hambanya di muka bumi ini.
Takbir.
Indahnya keagungan tuhan..

Indah betol ciptaan tuhan..
ini salah satu ciptaan tuhan..walaupun kita nampak macam biasa je.
Tapi kalau kita lihat dengan lebih mendalam, alangkah cantiknya suasana di dalam gambar ni.
Lihatlah dengan menggunakan mata hati kerana dari hati barulah kita dapat menghargainya..
yang ini nampak macam lukisan.
Tapi hakikatnya ia memang wujud.
kalau lah aku tinggal kat kawasan sekitar ni.alangkah indahnya...
Sejuk je pandangan mata melihat air terjun yang turun tu...

Bagaimana pulak dengan gambar ini.
Inilah gambar ketika fajar menyingsing..Cantik kan??
Kat Malaysia xde suasana macam ni. ini area2 Korea kot (sbb slalu jgk tgk citer korea haha. Cerita Autumn in My Heart)

Ini dipanggil Golden River. Kat mana ni aku pun tak tahu huhu. Apa yang penting, gambar ni mmg cantik.
Kesimpulannya..Sejauh mana ia akan kekal?? Siapa yang akan menjaganya kalau bukan tanggungjawab ni kita pikul bersama..
Sedih bila melihat sungai2 yang tercemar dengan sampah sarap yang disebabkan oleh tangan2 jahat manusia..
ALLAH dah menciptakan yang terbaik untuk kita..kenapa kita merosakkan ciptaan ALLAH ini..
Hendak ke kita 1 hari nnt, dunia ini hanya dihiasi dengan suasana yang merosakkan mata dan pemandangan?? Apakah ini yang kita nak wariskan pada generasi akan datang??
Tepuk dada tanya iman..
Assalammualaikum
keindahan dunia.
Aku ni bukanlah seorang yang berjiwa seni. tapi aku suka tgk gambar2 yang nature.
macam gambar yang ni. walaupun nampak mcm lukisan sikit..tapi aku suka tengok keindahan hutan ni..tenang je. kalau la aku tau kat mana tempat ni..mmg aku nak pergi utk cari ketenangan dalam diri aku yang tengah berserabut ni hehe..
ni pulak sawah padi. dah macam kat sungai besar plak haha.Aku tak tahu la kenapa orang sekarang tak pandai nak menghargai keindahan alam..aku kalau diberi pilihan untuk tinggal dekat kampung atau pun bandar. aku mmg pilih untuk tinggal di kampung..
nanti aku sambung balik citer aku ek.member aku ajak makan plak haha
Tuesday, December 15, 2009
Kisah hidupku...
Hmm...
walaupun perkara ni dah berlalu, tapi ia tetap segar dalam ingatanku.
Sepanjang hidupku, hanya seorang saja yang pernah bertakhta dalam jiwaku.
senyumannya, gelak tawanya, gaya manjanya, merajuknya, marahnya...semua itu menjadi penghibur di kala sunyi.
Aku x pernah terfikir aku akan bercinta..
aku tahu, diriku tidaklah sekacak mana dan atas sebab itu aku merasakan tiada sesiapa yg sudi untuk mencurahkan kasih sayangnya pada ku.
tapi aku bersyukur, masih ada seseorang yang sudi menjadi teman hidupku.
aku menjaganya lebih daripada aku menjaga diriku sendiri..
Walaupun pada asalnya susah untukku mendapatkannya kerana dia sudah berpunya..
Tetapi takdir itu mengatasi segala2nya.
Aku adalah PERAMPAS!!
Ye, memang betol aku seorang perampas!!
Salah ke aku??
Walaupun aku perampas, aku seboleh2nya cuba untuk menjaga dirinya,menjaga hatinya sebaik mungkin.
Dia tidak tahu, ketika dia bergaduh dengan bfnya disebabkan aku, siapa yang selalu berada disisinya??
Siapa yang selalu memberi nasihat, menaikkan semangat dia, menjaga hatinya walaupun ketika itu aku lah yang menjadi tempat untukknya meluahkan perasaan marahnya..
Aku masih ingat lagi bagaimana dia memarahi ku, mengejiku, mengatakan yg ia menyesal mengenaliku..Tapi aku ttp sabar dan pendam saja perasaanku semata-mata aku x mahu melihat dia susah hati dan bersedih..walaupun pada hakikatnya hatiku hancur...
Hancur sehancur hancurnya...walaupun dah bermacam-macam aku buat untuknya..tapi itu semua tiada erti pada dia sebaliknya apa yang terjadi antara dia dan bfnya, aku lah yang menjadi tempat dia melepaskan kemarahan kerana dia mengatakan yang akulah puncanya..
Hmm...Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang...kalau tidak kerana dia juga membalas cintaku, masakan aku boleh merosakkan hubungan mereka berdua..Oleh kerana aku x mahu lihat dia bersedih hati, aku pun 'sms' bfnya dan meminta supaya dia terima balik kekasihnya itu..aku merayu padanya dan aku beritahunya yang aku x kan ganggu lagi hidup mereka berdua...walaupun pedih untukku telan tapi demi ssorang yang aku sayangi...aku sanggup buat apa saja utk dia asalkan dia tidak menderita lagi..
Awal tahun 2007..
inilah takdir..ssorang yang aku sangkakan tidak akan menjadi milikku, akhirnya perkara sebaliknya berlaku..
Dia telah dapat terima aku sebagai bf barunya..waktu itu aku rasa sungguh bertuah..dunia ini aku rasakan begitu bermakna untuk diriku.
Sepanjang tempoh percintaan aku dan dia, segala macam suka duka yang dah aku rasai..
aku suka melihat raut wajahnya ketika ketawa, gaya nya yang lemah lembut, terngiang-ngiang panggilan 'abg' nya pada diriku..gembira sungguh aku waktu tu.
aku menjaganya seperti menatang minyak yang penuh...aku sayangkan dia dan aku curahkan segala kasihku lebih daripada aku kasihkan diriku sendiri.
Sehingga ada 1 hari tu, ketika aku dalam perjalan pulang kerumahku dari tempat pengajianku di Tanjung Malim..Ketika itu waktu dah menunjukkan pukul 5.00 petang dan aku sudah pun sampai di Rawang.Dari Rawang ke rumahku tidak lah jauh lagi cuma lebih kurang dalam 15 minit saja..
Tiba-tiba dia menelefonku dan mengatakan yang dia ingin pulang ke rumahnya di Keramat kerana ketika itu hanya dia seorang yang tinggal di rumah sewanya..Bas terakhir di Stesen Bas Tanjung Malim adalah pada pukul 7.00 petang dan dia tidak akan sempat untuk naik bas itu.
Disebabkan aku risau akan keselamatannya, aku berpatah balik dari Rawang ke Tanjung Malim semata-mata untuk mengambilnya dan menghantarnya pulang ke Keramat..
Setelah aku menghantarnya pulang, aku pun pulang ke rumahku dan ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10 malam..
Setibanya di rumah, aku dimarahi oleh kedua orang tua ku kerana lambat sampai ke rumah sedangkan mereka tahu yang aku sepatutnya sudah lama sampai...Tapi aku tidak memberitahu kedua orang tuaku yang aku menghantarnya pulang ke rumahnya kerana aku takut terutamanya ibuku yang dia akan memarahi gadis yang aku cintai itu..
Kini...Disember 2009..
aku terbaca dalam blognya yang dia rasa menyesal berpisah dengan bf lamanya..
walaupun sudah 3 tahun berlalu..hanya xbfnya sahaja yang terlintas dalam hatinya..
apa yang dah aku buat selama ini untuk dia...xda 1 pun yang berjaya menambat hatinya...
dia jauh berubah daripada dia yang dulu..
Kini...walaupun dia masih hidup dan walaupun hakikatnya dia adalah orang yang sama..
Tapi pada diriku..dia sudah tiada lagi..
Gadis yang comel, manja, penyayang yang pernah mencintai diriku dulu sudah tiada lagi..
Tetapi dia tetap hidup dalam hati dan perasaanku..cumanya aku tdk akan dapat berjumpanya lagi dan selamat tinggal aku ucapkan padanya..
"Terima kasih kerana pernah membuatkan saya rasa bagaimana rasanya cinta itu
dan terima kasih juga kerana awak pernah menyayangi saya walaupun saya x pasti sama ada itu benar cinta atau pun simpati awak pada saya..Walaupun awak masih hidup, tapi awak bukan lagi gadis yang saya kenal dulu..Gadis itu sudah lama tinggalkan saya cuma saya je x perasaan kerana walaupun raut wajah awak sama, tapi perangai awak berlainan..
Awak hanya hidup dalam hati dan perasaan saya tapi tidak pada realitinya..."Terima kasih segala-segalanya..

Subscribe to:
Posts (Atom)